Home » » 2 badan BUGIS Sabah turut Sarankan PTI jadi Penduduk Tetap

2 badan BUGIS Sabah turut Sarankan PTI jadi Penduduk Tetap

Written By Unknown on Tuesday, 19 August 2008 | 21:17

(pemudasabah.blogspot.com) Badan Gabungan NGO CONCERN di Pihak Mana?



Terkedu juga saya apabila terbaca artikel di bawah ini memandangkan cadangan dan nasihat “BERNAS” yang diberikan oleh badan gabungan NGO yang tidak dikenali umum ini lebih cenderung kepada satu-satu isu sahaja. Sila baca… [link ]

Bertemakan kepada sudut “ISLAM”, tentunya secara tidak langsung akan menimbulkan konflik perkauman dan keagamaan kepada masyarakat majmuk Sabah yang mana majoriti Bumiputra Sabahan adalah bukan Islam.



Yang menjadi satu persoalan ialah mengapa selama 40 tahun permasalahan PTI ini bermaharaja-lela di Sabah dan tatkala pihak kerajaan baru sahaja memulakan langkah pertama untuk mambanteras kehadiran ratusan ribuan orang PTI, pihak CONCERN tidak mengambil sebarang langkah konkrit untuk sama-sama menggembleng tenaga serta idea untuk menangani isu ini? Mengapa baru sekarang?

Ini kan suatu yang misteri apatah lagi melihat kepada keanggotaan badan-badan NGO yang menganggotai CONCERN. Berdasarkan kepada sumber maklumat dalaman saya, pihak NGO ini sebenarnya dianggotai oleh individu-individu yang sebangsa dengan PTI ini. Tentu anda faham jika saya mengatakan sebangsa dengan PTI bukan? Apa tidaknya, lihat sahaja dari cadangan yang diberikan lebih memihak kepada kebajikan PTI semata-mata walhal isu yang sebaliknya adalah suatu permainan minda yang agak terancang.

Cerita penuh

Comments

bukan PTI - Buat parti politik bugis bah!! |2008-08-20 10:10:04
Kalau mahu temberang sangat buat parti politik parti bugis malaysia bah, orang bugis boleh banyak dapat sokongan dari sabah dan semenanjung apa susah.

Cubalah buat parti bugis malaysia, mana tahu boleh jadi perdana menteri bugis di malayisa, setakat main NGO apa kelas ...

jadi masa tu boleh impot terus bugis dari makasar jadi rakyat malaysia tidak perlu jadi pendudk tetap terlebih dulu

bugis-bugis ni memang bercita-cita tinggi sampai tidak peduli adab dan sopan.

THE Man behind The Wheel. - Bugis mangkin hari mangkin Menjadi-jadi, tamaha.pa |2008-08-29 20:49:35
Saya sangat setuju dengan cadangan penubuhan Parti Bugis Malaysia atau Barisan Parti Bugis Bersatu(kononla mau bagi Idea)kita tinguk, sajauh mana ia nya bulih belusir nya urang kitani,kalau main NGO nampak BACUL dan PENGECUT, pengalaman saya DEALING dgan bangsa ni.. memang SAKIT HATI kalau diingat kan. Jenis BAGI BATIS MAU PAHA.Inda Pandai Cukup-Cukup Semua mau di ambil di pajak diorang.

Amde Sidik |2008-08-21 14:55:57
Sorry, I'm a bit behind of this latest talk on PTI be made legal. I'm still away from the State and didn't quite follow the line of argument. But one thing I dislike, legalised the illegal without giving proper reason and excuse to me!

In Sabah Bugis are the staunch supporters of UMNO. Some of the State Ministers wouldn't be made Ministers without legal or illegal voters together. But by listing Persatuans in Sabah are in support of the idea I think they have to exclude my Persatuan. If that Persatuan now turns supporting the idea I might have to form another Persatuan as a protest No, please don't bullshit! Majority of Sabah wouldn't agree PTI to be made legal for nothing at the cost of peanut!

aimmann |2008-09-13 20:39:49
Samaada anda setuju atau tidak masa nya akan tiba. Imgrasi manusia dalam dunia tdk pernah akan terputus. Di setiap negara kaum pendatang memang wujud sejak dahulu kala. Bina lah tembok yang merentasi daerah mana pun pergerakan manusia dalam dunia global tak akan dapat dinafikan. Bersedia Lah dengan minda yang terbuka. Masing-masing ada yang diguna dan dipergunakan. Suka atau tidak itu masalah anda....

Kadayan Indon |2008-09-14 23:05:31
Pak aiman, inda perlu emosi sangat, ini bukan soal bangsa bugis atau bangsa-bangsa lain nya, apa pun jenis atau bangsanya PTI tetap PTI, tugas pemerintah sesebuah negara adalah untuk menjaga keamanan dan kemakmuran negaranya dan sangat jelas membendung penghijrahan PTI adalah kewajiban pemerintah demi menjamin kesejahteraan rakyatnya..dan anda juga perlu buka minda anda seluas-luasnya..kalau nak jadi pendatang silakan saja tapi datanglah sebagai 'pendatang dengan izin',tentu anda sendiri tak suka sekiranya orang tak datang ke rumah anda tanpa pengetahuan anda, dah tu buat pula macam rumah sendiri malah melebihi anda sendiri..PIKIE-PIKIE AKAN TIA ULIH MU TU LIAU...

zildjian - Bugis? who are they.. |2009-07-19 15:55:17
Assalamualaikum & salam sejahtera..

Kebelakangan ini banyak komentar menyentuh situasi, hak-hak dan keistimewaan suku kaum Bugis. Ada antaranya yang suka, tak kurang juga yang membenci. Tentu pembaca tertanya saya di pihak mana bukan? Saya anak jati bugis Lahad Datu. Ibu dan ayah saya lahir di Sabah dan Nenda antara pesmautautin terawal sebelum Malaysia ini merdeka lagi. Tidak pula pasti apa sumbangan nenda saya terhadap Malaysia masa itu khususnya di Sabah dalam ertikata penentangan terhadap penjajah, tp lebih suka saya berkomentar biar dari akar. Izinkan saya berkias dengan istilah penanaman. Kita ambil contoh mana-mana kitaran hidup tanaman, awal kitarannya dari pembentukan akar ke pohon, pohon ke daun, bunga buah dan seterusnya hasil.. melainkan pembaca mahu ambil contoh tananam fertigasi atau hidroponik, lain konsep kitaranya.. namun dia juga berakar. Harap pembaca faham konsep akar ini supaya mudah untuk saya terangkan tentang kewujudan bugis di Sabah secara langsung dan tidak langsung. Seperti maklum, kurun ke-15 lagi tidak kira di seluruh Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, kemampuan rakyat di 3 kawasan ini terbatas dalam mempertahankan tanah air bersendirian. Terima dgn hati ikhlas hakikat ini, saya sendiri merasa pahitnya, itu sifat jujur yang terakhir ada dalam diri kepada yang tidak berapa sukakannya. Maka atas sebab mempertahankan tanah air inilah, satu bangsa yang boleh dianggap penyelamat masa ketika itu, bangsa yang terkenal dgn perang menggunakan kayu bambu, senjata tradisional melawan bedilan meriam, senjata logam berapi sang penjajah. Itu la si Bugis. 5 kuasa penjajahan silih berganti, si Bugis tetap utuh bertahan. Dari Johor ke Kedah sampailah ke Kelantan dan sebahagianya di Tawau, Sabah. Rentetan sejarah ini, maka sistem beraja Malaysia umumnya maklum bangsa siapa kah Raja itu, bila berkomentar soal bugis, tidak pernah saya lihat sesiapa pun penulis yg bertanyakan asal-usul Raja-Raja Melayu dari sejak mula sehingga la ke hari ini (Julai 2009). Itu belum lagi Perdana Menteri dan Timbalannya.. siapa mereka ini. Asal dan usulnya? BUGIS. Di Sabah, bila menyentuh soal suku kaum ini, ramai yang kurang sedar konsep migrasi penduduk dari satu tempat ke satu tempat, tahap, masa dan bentuknya. Buatlah satu halangan dalam bentuk apa pun, konsep migrasi ini akan tetap terus berjalan dari awal pembentukan manusia hinggalah ke pengakhiran kehidupan ini. Anda suka atau tidak, sokong atau bantah, gubal atau mansuh.. ianya tetap berjalan mengikut Qadak & Qadar-Nya. Tidak perlu bersusah dan payah. Cuma, terkadang dan sangat banyak juga cara penghijrahan itu, menjadi salah kerana hukum dan undang2 buatan manusia. Kita tidak sedar, malahan syukur itu jauh sudah tiada dalam diri manusia sang pembenci. Apa yg kita kecapi, dan hadapi semasa ke semasa adalah kerana apa yang telah kita kerjakan sebelumnya. Bersyukurlah berada di pihak yang telah di anugerahkan bentuk kesenangan, bentuk kerakyatan Malaysia. Bersyukurlah kita tidak diciptakan menjadi seorang yg sengsara, seorang yg mencerobohi hak-hak orang lain, mengambil tanah, dan syukurlah kita bukan orang yang berlaku kotor ke atas orang lain yang mana penuh dgn HASAD DENGKI.

SYUKUR ke hadrat Alla swt..
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger