Sesetengah rumah YB tidak akan mampu dibina dari duit gaji bulanan walaupun mereka hanya makan rumput ragut percuma setiap hari.
Saya sama sekali tidak bersetuju dengan pendapat Datuk Sapawi yang mengatakan politik wang tidak akan membawa kita ke mana-mana. Bagi saya, politik wang SANGAT mampu membawa kita ke mana saja kita mahu.
Saya tidak tahu apakah maksud beliau yang umpama "sudah terang lagi bersuluh" itu. Adakah Sapawi ingin mengatakan bahawa Malaysia tidak maju? Tidak patut.
Politik wang sangat bermaknalah!
Revised text version,07 Aug 2008
Sapawi juga seolah-olah menidakkan kemajuan Sabah selama dalam Malaysia. Adakah Sapawi hendak menidakkan cogankata BN "Cemerlang, Gemilang, Temberang" yang terkenal?
Negara kita telah berkembang maju. Kemajuan ini semuanya dibawa oleh BN di mana Umno seperti yang Sapawi kata, merupakan tulang belakang kepada BN.
Sedangkan di dalam Umno, politik wang adalah suatu hidupan dari jenis 't.s.t'.
Tahu sama tahu,
tengok siapa terror,
tapuk sama tapuk dan
terima sampai tua.
Engkau tengok aku, aku tengok dia; ada mulut diam-diam jangan buka.
Tidak percaya? Lihatlah rumah para pemimpin BN.
Setengah dari rumah-rumah berkenaan tidak akan mampu dibina oleh seorang menteri sekalipun, jika hanya semata-mata bergantung kepada gaji bulanannya,. Tidak mampu! Walaupun dengan sangat berjimat cermat dan mengurangkan perbelanjaan ke tahap cuma makan rumput ragut percuma setiap hari. (Ungkapan yang ditambah tokok dari laman web Tuan Haji Ramlee Dua. Sayang beliau sudah tidak aktif berblog sekarang ini. Tapi jika Tuan Haji terbaca, sila-silalah aktifkan semula blog berkenaan)
Bagaimana pula ahli politik yang mampu menderma sehingga RM44 juta?
Bagaimana dengan saguhati yang kami terima setiap kali mengundi?
Pendek kata, politik wang sangat bermakna kepada Malaysia. Politik wanglah yang menggerakkan politik Malaysia, jangan pura-pura!
Comments
Pangait |2008-08-07 09:18:16
Dia mau kasi ingat, lu tarak lui, lu pi main jau- jau..
kudil |2008-08-07 16:07:38
Honestly without his practising giving ang pau-giving cash to voters in Sipitang he couldn't have won. People joining together with him are because of pulus brother I know for sure-don't have to portray so clean and religious lots of happenings behind.
kaluang-man - Berentilah YB! |2008-08-07 21:29:31
Kalau Pak Lah yang paling tinggi kana suruh berundur .....
MP Sipitang ini patut sudah lama juga kana suruh berundur.
Apa cakap? Tengok blognya tu entahapanama.blogspot yang penuh sastera bunga-bunga. Masalah air konon diatasi dengan peruntukan puluh-puluh juta. Tapi sampai sekarang bekalan air di sipitang masih lagi banyak paip dari air.
0 comments:
Post a Comment