Home » » Permatang Pauh - hadiah RM100 untuk datang ceramah

Permatang Pauh - hadiah RM100 untuk datang ceramah

Written By Unknown on Friday 15 August 2008 | 15:08

Harakah Daily


Sesiapa yang pergi mendengar ceramah kelompok tajaan mereka akan dihadiahkan wang saku sebanyak RM100.00 seorang. Semua perbuatan itu diperlakukan untuk menarik pengundi Melayu agar tidak lagi bersimpati dengan nasib yang dihadapi oleh calon KeADILan.

Bagi jentera Umno, PAS, DAP dan KeADILan adalah petualang bangsa dan agama kerana bersekongkol dengan gerakan menjatuhkan pemerintah yang ditunjangi Umno.

Bukan itu sahaja malahan cakap-cakap perkauman juga kian dihembuskan bagi menakutkan orang ramai terutamanya masyarakat melayu yang berbudi bahasa, sopan dan tidak pandai melawan cakap pemerintah.

Antara kampung yang telah dikenal pasti dimasuki ejen-ejen berkenaan ialah kampung belakang Sekolah Menengah Penanti, Guar Perahu, Mengkuang dan Kuala Mengkuang.

Setiap hari jentera yang terdiri daripada ibu-ibu, puteri dan sebahagian ahli yang aktif akan menggunakan berbagai kesempatan untuk bertemu rakyat di kampung-kampung.

Mereka terpaksa buat begitu kerana setiap kali ceramah anjuran Umno dan BN seringkali tidak mendapat kejayaan.

Comments


aku - hadiah ke rasuah?? |2008-08-15 18:02:08
nie hadiah ke rasuah nie?? ACA ngan SPR taknak amik tindakan ke?

aj |2008-08-25 09:52:00
depa bagi duit.. ambik je la.

dah dapat boleh balik...boleh masuk poket ..
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger