Home » » AWAS, monyet-monyet sedang meeting

AWAS, monyet-monyet sedang meeting

Written By Unknown on Wednesday, 6 August 2008 | 12:51

Written by WaJiD Manis

Kalau begini, tarzan pun angkat tangan la.

Entahlah Labu, aku kurang arif dengan apa yang berlaku. Tetapi kelibat orang-orang Umno di musim pemilihan jawatan politik parti mereka sekarang memang serius. Mesyuarat-mesyuarat yang diadakan bukan main-main punya.



Satu ketika dulu ramai orang merungut pasal politik wang. Kini setakat wang belum cukup jadi pelincir, mesti diiringi dengan buah dan kuntau silat.




Mungkin orang-orang ini cuba mengimplementasikan "freedom of expression" mengikut tafsiran mereka sendiri.

Revised text version, 06 Aug 2008.

Kita semua tentu masih ingat lagu ini serta beberapa bait rangkapnya yang kita nyanyikan saban hari di bangku sekolah.

"Malaysia kita sudah berjaya, mendukung cita-cita



Dari Perlis Sampailah ke Sabah

Kita Sudah MERDEKA….”


Kita kena ubah sikit maksud lagu di atas, mengambilkira satu Malaysia pemimpin cawangan Umno berkuntau dalam mesyuarat sampai bengkak-bengkak kaki.

Kalau begini, tarzan pun angkat tangan la. Sila tolong bawakan pisang bertandan-tandan untuk menenangkan suasana.

Labuan Umno meet halted after chair thrown (Daily Express front page 05.08.08) LABUAN: Frayed tempers, a flying chair, table banging and a near fracas resulted in police being summoned to calm things at the Umno Batu Manikar branch meeting Sunday. It was eventually called off.

Mesyuarat UMNO Sedili kecil kecoh KOTA TINGGI (bharian): Mesyuarat Umno cawangan Sedili Kecil bahagian Kota Tinggi kelmarin, kecoh apabila bekas ketua cawangannya yang didakwa penyokong Datuk Seri Syed Hamid Albar bergaduh dengan penyokong calon Ketua bahagian Umno Kota Tinggi, Daing A Malik Daing A Rahman.

AJK Umno kena pukul (Daily Express muka depan 05.08.08) IPOH: Seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno Cawangan Pernas Charter Management (PCM) Bahagian Gopeng cedera di kedua-dua belah kaki akibat dipukul dengan kayu golf selepas seorang rakannya tidak berpuas hati berhubung pencalonan jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian itu, Ahad lepas.

Kecoh Kerana Minum Pagi Disangka Mesyuarat Cawangan Umno KOTA BAHARU, 25 Julai (Bernama) -- Majlis minum pagi anjuran Ketua Umno Cawangan Wakaf Tanjung dalam Bahagian Kubang Kerian di sini Jumaat kecoh kerana ada ahli menjangkakan ianya mesyuarat agung cawangan itu.

Ketua Umno cawangan itu Hamzah Tamat memberitahu kepada ahli-ahli terbabit bahawa mesyuarat peringkat cawangan itu telahpun diadakan malam tadi.

Kecoh mesyurarat MUBARAK Di Terengganu Saya baru balik dari Kuala Terengganu bagi menghadiri Perhimpunan Agung Persatuan Bekas-Bekas Wakil Rakyat Makaysia (MUBARAK) pada 26hb. Julai 2008. Tidak banyak perkara penting selain dari amanat TPM pada malam sebelumnya.

Kekecohan yang agak memalukan berlaku semasa usul-usul dibentangkan dalam mensyuarat. Usul kedua di bawa oleh Negeri Perak dan di sokong oleh Pulau Pinang. Usul itu adalah bertujuan untuk menyokong Pak Lah dan Najib bagi menerajui kepimpinan negara.

Ketua-ketua Cawangan UMNO Bahagian Cheras berdiri dibelakang Syed Ali Ketua UMNO Bahagian Cheras, Senator Datuk Syed Ali Alhabshee terus mendapat sokongan padu dari kalangan pimpinan cawangan dalam menghadapi krisis dengan Ketua Wanita bahagian itu, Datuk Faridah Abu Hassan.

Kalau baru-baru ini tujuh orang tampil menyatakan pendirian dan mengulas isu ini... kali ini 19 orang pula.



Begitulah ceritanya. Ramai orang berpendapat kerajaan Malaysia sekarang bersikap terbuka. Tetapi, mulai sekarang juga sesiapa yang berhajat nak jadi pemimpin Umno serba sedikit harus tahu berkungfu.


Bacaan lanjut:

Talking cock, big cock, dying cock

Comments


Kaluang-Man |2008-08-07 21:34:19
Macam ssayu betul AJK cawangan senior tu, membawa diri tinggal main muzik saja

ONAK - PARTI LAMA MACAM JUA PUCUK DAUN... |2008-08-09 15:33:05
Kalau d Kaji d Dunia ni Memang UMNO adalah sebuah Parti yg Sudah Cukup lama Memerintah dan menjadi Tulang belakang Kerajaan d M'sia ni...Ttpi UMNO harus ingat sepertimana Pucuk Tumbuhan PUCUK TIDAK AKAN PERNAH KEKAL d TENGAH2 bila sudah tiba masanya dia tetap akan ketepi juga akhirnya...Nasib UMNO akan tetap sampai juga akhirnya KETEPI juga...Makanya Pemimpin2 UMNO d Cawangan dan d Bahagian WAJIBlah kamu Mengumpulkan UANG2 dan HARTA2 yg Bisa dapat kamu kumpulkan. Kerana hari Qiamat bagi UMNO itu sudahpun Hampir tiba. Hantamlah apa juga Projek yg boleh mendatangkan Uang tu. Geraplah secepatnya kerana peluang mendatang adalah kepunyaan orang2 yang baru Memerintah lagi. Bergilir gilirlah katakan.....

fithan - best punya artikel.. |2008-08-18 12:43:06
memang ko best la bro, tiada kompromi lagi.. rasanya bukan UMNO ja begitu, yang lain pun sama kali. kalau teda dapat duit jadik itu ini misti semua orang diam2 ja...buat nda tau. manusia dan duit entiti yang seiringan, ada duit ada suara, tiada duit angkat kaki la...
begitulah kebanyakan politik di negara kita yang tercinta
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger