Home » » Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong

Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong

Written By Unknown on Wednesday 30 July 2008 | 11:49

Written by anak_semenanjung

Orang 'neraka' pelan-pelan mencium bau 'syurga' politik


UMNO Perak ni, memang tak tahu nak cakap apa lagi dah.



Memang sah tak tahu malu and desperate habis. Tonjol Rosli woiii, pinggan tak retak nasi tak dingin, orang dah tak ndak, kome buat-buat le tak hingin. Cover ler skit, lagi kan pulak kome dah rasa jadi menteri beso sebelum nie...

Lepas muzakarah, jadi muqabalah Pas-UMNO. Lepas tu jadi pulak hal lain.

UMNO Perak ajak Pas bentuk kerajaan IPOH: Umno Perak semalam mengajak Pas bergabung bagi membentuk kerajaan negeri yang lebih kukuh dengan wakil Pas akan terus menjadi Menteri Besar.(BHARIAN)

Orang Pas jadi sakit jiwa dek Tonjol Rosli.

Bukan calang-calang orang yang nak bawak bermukah ni, Bekas MB Perak!

Pemuda lapor Polis terhadap kenyataan Tajol KOTA BHARU, 29 Julai (Hrkh) - 'Umno Perak ajak PAS bentuk kerajaan dan wakil PAS terus menjadi Menteri Besar'. Tidakkah ia menggambarkan satu bentuk rasuah yang menyalahi Akta Pencegahan Rasuah 1997.


Mat Bulan, baru kome tau ye langit tu tinggi ke rendah. Ini politik tau, bukan kat dalam masjid. Kalau rasa politik kotor kome amik wudhu, pi masuk masjid balik.

Dunia politik Mat, politik. Dunia yang serba-serbinya mungkin dan lebih besar tanggungjawabnya dari sekadar berjuang untuk membatalkan konsert Inul. Jadi belajar-belajarlah jadi dewasa mulai sekarang.

Masalah besar kome ialah selama ini kome hidup di dalam 'neraka' politik. Kena lanyak kiri kanan dek UMNO sehingga kome dah lali dah dengan azab politik. Persekitaran ini membentuk dunia tegar kome, dipanggil dunia bulan.

Mat Bulan adalah serba-serbinya Bulan.

Berpolitik bagi kebanyakan besar anggotanya adalah semata-mata memenuhi tuntutan kefahaman keagamaan mereka. Ibadah, kata mereka dan perjuangan ini adalah untuk membentuk negara Islam. Tiada bayangan bagaimana hendak memerintah negara selain dari berpegang kepada hujah-hujah kitab-kitab lama yang ditulis sebelum Alfonso De Albuquerque menjajah Melaka pada tahun 1511.

Tiada fikiran bagaimana mengadaptasikan keadaan modern ke dalam pentadbiran negara. Yang ada ialah pengalaman Pas di peringkat negeri, di Kelantan dan di Terengganu.

Jadi bayangkan orang 'neraka' ini pelan-pelan mencium bau 'syurga' politik yang penuh nikmat.

Politik melayu, kat mana-mana pun fikir tetap kat lutut juga. Mat Bulan dah terbuai dengan kepentingan melayu, ketuanan melayu, sahsiah melayu, kepentingan umat melayu. Bulan dah melayu, menjadi layu.

Mat, itu pegangan UMNO tau tak? Itu adalah teras perjuangan nasionalisme melayu UMNO yang selama ini kome kutuk dan cap mohorkan sebagai ass'abiyah - perkauman. Pegi cek balik kaset-kaset Haji Hadi Awang mana tau kome dah lupa!

Umno continues to woo PAS Umno is continuing to court Perak PAS into forming a new state government, despite being rejected by Mentri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.(thestar)


Balik kepada kes nie, aku rasa, kena gaya pujuknya, lambat laun tak banyak sikit ada gak yang sangkut nie. Ye laTonjol, kome pujuk-pujuk le suku-sakat Mat Bulan tu.

Lambat laun dorang ikut gak tu kot...


Further reading: Pemuda Pas, kamurang teda karaja lainkah?


Comments


Pangait |2008-07-31 08:19:25
Nda tau kanapa urang yang bapalajaran, paranah jadi mantiri basar pirak nda paham cakap Nik Aziz. Nik bilang bikin pati Islam untuk urang Islam samua bangsa dan kawan-kawan urang bukan Islam. Tajul pulak jamput dia bikin krajaan negri pirak, dia ingat Nik ini lali ka?
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger