'Air tenang jangan sangka tiada buaya'
Pak Lah tidak suka konfrontasi berhadapan. Sepanjang-panjang zaman sebagai Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir mengkritik lantang dasar beliau. Selama itulah juga Pak Lah memilih untuk tidak menjawab secara langsung sehingga Tun menjadi seperti orang bodoh bercakap seorang diri.
Zunar - sodomy script
Akhirnya Tun naik jemu sendirian, sekarang beliau telah beralih mengutuk Najib pula.
Pak Lah juga bukan tukang karut yang bagus.
2nd Text Revision, 21 Jul 2008
Kadangkala saya enggan memetik kata-kata blogger ini kerana tulisannya selalu pendek-pendek, (seorang kolumnis Kadayan Universe juga mengutarakan berpandangan yang sama) tetapi kali ini beliau mengutarakan soalan yang tepat, "What's Badawi's end-game here? Watch this big elephant closely now .."
Beliau kebanyakan masa terlalu diplomatik di dalam membuat kenyataan dengan memilih bahasa-bahasa lembut. Mungkin kerana latarbelakang peribadi atau karier beliau menjadi Menteri Luar yang agak lama.
Jangan bandingkan dengan menantunya yang terkenal, Khairy. Apa lagi dengan Anwar sang orator nombor wahid di Malaysia. Jauh panggang dari api. Lima minit pidato Pak Lah sudah cukup untuk membuat penonton tidur.
Kiralah pula tentang stail kepemimpinan Pak Lah. Dasar-dasar pemerintahannya malah bikin orang BN sendiri lintang pukang. Berbakul-bakul sumpah seranah yang dilontar oleh masyarakat terhadap kepemimpinan beliau. Orang-orangnya sendiri, orang UMNO yang mengertak, menyuruh dan mendesak supaya beliau berundur SEGERA.
Najib pun seperti tidak sabar-sabar menagih supaya peralihan kuasa kekal dan dikotakan. Sakit menunggu, apalagi kalau di suruh menunggu sehingga 2010. Kiralah, lebih 800 hari lagi. Sedangkan masa hendak bertemujanji dengan kekasih, menunggu 5 minit pun sudah dikira cukup perit, apa lagi 800 hari.
Pembangkang jangan ceritalah. Cakap pun tidak berguna lagi. Anwar siap menetapkan tarikh ’keramat’ – 16 September untuk mengambilalih kuasa pemerintahan negara.
Tetapi benarkah Pak Lah begitu bodoh?
Melihat perkembangan politik semasa, sekarang ini satu demi satu pelakon utama wayang gambar politik Malaysia nampaknya diasak teruk, entah oleh Pak Lah, entah oleh siapa.
Mula-mula Anwar Ibrahim dengan gegak gempita ulang tayang kes liwat. Anwar tidak syak lagi merupakan pencabar utama yang menjengah dari luar gelanggang.
Pelik bin ajaib. Tidak samena-mena tidak lama kemudian bahang kes liwat Anwar tiba-tiba menjangkiti Najib yang telah sedia sakit dengan hal Altantuya dan Raja Petra yang tidak habis-habis.
Datang pulak Yong Teck Lee hendak mengutarakan undi tidak percaya kepada Pak Lah. Entah apa yang berlaku, sekarang Yong macam 'percaya' balik dengan Pak Lah.
Natijah mutakhir sekarang, semua yang menghadang Pak Lah nampaknya tergapai-gapai lemas dengan kesibukan mereka sendiri.
Apa lagi hendak dipanggil jika bukan pintar namanya?
Pintarlah tu, pintar. Semua mereka kapiting sibuk mengurus hal sendiri dengan tidak tentu pasal.
Memandangkan keadaannya begitu rupa, sekarang ini Pak Lah mengatur langkah baru. Beliau menularkan wabak kelam kabut kepada Pas. Beliau telah berunding dengan PAS, katanya.
Pas jadi haru biru jadinya. Pak Lah sengaja menanam bibit perpecahan, gerutu mereka. Tak salah berjumpa, kata Tok Guru Nik Aziz. Hadi kononnya sampai meminta nasihat dai Hizbul Muslimin.
Jika Pak Lah yang mengatur semua strategi ini, saya mengakulah bahawa beliau memang pintar, jauh dari apa yang ramai orang bayangkan. Jika Tun Mahathir sebelum ini dianggap diktator, saya bagi gelaran master taici untuk Pak lah.
2010, mungkin Pak Lah masih menjadi Perdana Menteri dan blogger sekalian masih mempunyai masa yang banyak untuk mengutuk beliau sepuasnya.
Pak Lah pintar!
Comments
Dusun-Non-Grata - Ooi Wajid! ko sokong sapa ni |2008-07-21 16:35:56
Isk... ko ni wajid, ko sukong siapa bah ni. Manada pintar tu, teruk ba kasi karaja orang main balakang... bukan liwat ka tu
Main-main saja baa. Ok juga artikel kau ni, aku pun macam maw tulis bagitu, tapi kaduluan suda ni...
Wajid Manis - Aku cuma tukang karut |2008-07-21 17:44:46
Dusun,
Aku cuma tukang karut jual temberang, sokong kanan orang tak pandang, sokong kiri pun orang tak toleh...
Mudah-mudahan Malaysia terus makmur!
kuis - memang huru hara |2008-07-26 10:50:53
kalaupun bukan semua, sebahagian orang Pas memang termakan juga dengan sogokan UMNO ni nanti, pada pendapat akulah. Siapa yang tidak mahu, jadi KM selangor, jadi menteri kabinet, jadi bos sana bos sini.
Kita mesti faham, orang pas juga ramai dari orang BUKAN berlatarbelakang agama sekarang terutama golongan profesional. Mereka ini dipinggir oleh UMNO sebelumnya, dan memilih untuk menyertai pas.
Kalau anwar lambat, gigit jarilah....
Kedayan Indon - ????? |2008-08-20 21:50:03
Entahlah???? aku pun inda paham jamu PM ani...nganya pakah,minta maaf jua yah baucap...pintaa2x buduh mangkali ia ani..Cuma satu yang saya pasti nampaknya buat masa ni Malaysia kurang menyerlah di bawah pimpinan beliau...
0 comments:
Post a Comment