Sia ada sikit pembetulan mengenai kenyataan Tuan Haji Ansari Abdullah yang meminta Mat Sabu ubah minda orang Sabah.
Sia rasa, Mat Sabu patut belajar dari orang Sabah mengenai toleransi agama.
Orang Sabah dan Sarawak cukup arif pasal toleransi agama. Kami di sini tida tau apa tu ketuanan Melayu.
Kami di sini tidak menghabiskan masa untuk urus kandang babi sampai sana parlimen.
Bapa sia pagan teda agama, kakak sia, abang sia, orang Islam. Sia pulak umat katholik. Auntie sia ada yang kawin orang Cina jadi Buddha, ada yang kawin India jadi Hindu. Pendek kata agama bukan punca batumbuk sini kampung kami.
Lagi satu pasal Pas. Mat Sabu inda payahlah susah-susah buang masa mau bertanding di mana-mana kawasan pilihanraya di negeri Sabah ini. Kalau ikut sia punya kiraan, Pas tida akan manang punya! Cakap terang la kan, Pas punya orang tida friendly langsung.
Pengerusi Perhubungan PKR Sabah minta Mat Sabu ubah minda rakyat Sabah
KOTA KINABALU, 19 Julai (Sabah-Kita) - Pengerusi Badan Perhubungan Parti KeAdilan Rakyat Sabah, Tuan Haji Ansari Abdullah meminta Naib Presiden PAS Pusat, Mat Sabu memberi ide bagaimana hendak membangunkan minda rakyat di negeri ini dari sudut politik. Beliau menyatakan selepas pilihan raya 8 Mac baru-baru ini, rakyat di negeri ini bukan sahaja terkebelakang dari segi pembangunan fizikal malah, turut ketinggalan dari sudut politik. "Kita nampak pada pilihan raya 8 Mac baru-baru ini, orang Sabah bukan sahaja tertinggal dari segi pembangunan fizikal tetapi juga ketinggalan dari segi politik”, Katanya dalam ceramah penerangan isu-isu semasa anjuran Pakatan Rakyat semalam.
Untuk Haji Ansari, patut Haji fikir juga kinapa pembangkang tida manang di Sabah selain dari UMNO dan BN main buyuk. Mimang ini BN sia sendri tidak suka dari dulu sampai sikarang, tetapi apa pilihan yang kami ada?
Bukan pasal BN buyuk seja Tuan Haji, ini masalah kulit kamurang juga bah. BN kepala dia kana import dari semenanjung. Pembangkang pun kepala dia kamu import dari semenanjung juga. Jadi apa beza dia kalau bukan 2 X 5 dan 5 X 2? Sama saja tu dari mata orang Sabah.
Mau membangkang bukan susah, asal tidak setuju bangkanglah suda itu. Jadi kenapa untuk buat karaja senang pun kamu maw import juga dia punya kepala.
Lagi pasal Datu Jepri, apa macam juga kami maw konfiden sama dia tu? Abang dia orang BN. Betul dia cakap tidak ngam prinsip dengan Payrin, tapi bukan masih dalam satu kawah ka itu. Kalau itu Payrin ibarat buntut kuali, Jepri tu macam dia punya bidut, taw ka?
Jadi, Jangan suruh lagi Mat Sabu buka minda kami. Mat Sabu yang patut buka mata. Haji Ansari sendiri patut buka mata....
Comments
amde Sidik - Kadayan Journal |2008-08-01 12:02:32
Continue writing...it isn't funny, thousands [may be less] years ago this was how languages and writings developed
Dusun-Non-Grata - Terima kasih |2008-08-01 18:44:06
Terima kasih ... basa melayu saya mimang inda bagus, kadayanuniverse saja yang berani kasi siar saya punya artikel
bahasa yang digunakan ini adalah bahasa melayu asli orang sabah bah.
ReplyDeleteadana
ReplyDeleteadıyaman
afyon
ağrı
aksaray
8TY