Home » » Pemuda PAS, kamurang teda karaja lainkah?

Pemuda PAS, kamurang teda karaja lainkah?

Written By Unknown on Saturday 26 July 2008 | 09:42

Written by Dusun-Non-Grata
Saturday, 26 July 2008

Kalau Pas memerintah - teda konsertlah, tiada hiburanlah? Takkanlah begitu serius!


Dari masa saya sikul dulu sampailah sikarang, budak-budak Pas mimang suka attack asal konsert ataupun hiburan. Nampak macam mereka mula beraksi balik ni, jagalah kamurang.


Revised text version, 26 July 2008.

Aku ni internasional bah, ada konsert okey, teda pun bukan satu problem juga. Tapi bukan semua berpendapat macam aku.

Hakikatnya Pas adalah parti politik dan bukan badan keagamaan seperti JAKIM, JHEAINS dan MUIS.

Pemuda PAS Sabah kesal UMS luluskan penggunaan Dewan Canselor untuk konsert KOTA KINABALU, 26 Julai (Hrkh) – Naib Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu kesal dengan tindakan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Lt. Kol. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Ampon meluluskan penggunaan Dewan Canselor antaranya untuk program konsert penyanyi, Anuar Zain.

Konsert Inul: Pemuda PAS Wilayah serah memo kepada Datuk Bandar KUALA LUMPUR, 23 Julai (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, menghantar satu memorandum kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dato' Abdul Hakim Borhan di atas pemindahan konsert Inul Daratisha ke Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 27 Julai ini.

Sebagai parti politik Pas perlukan penyokong, samada orang Islam mahupun orang bukan Islam. Kalau betul hendak memerintah di negara Malaysia ini, Pas secara realitinya TIDAK akan dapat berbuat demikian seorang diri.

Undi dan sokongan dari kaum lain selain dari orang melayu Islam juga adalah diperlukan. Pijak kaki ke bumilah. Kawan-kawan sebantal kamurang ialah PKR - parti berbagai bangsa dan DAP - majoriti anggotanya adalah orang-orang Cina bukan Islam. Lagi pula mereka bertiga ini sedang merancang untuk mengambilalih pemerintahan negara dengan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin.

Apa macam ni? Kita manusia memang lah tia bulih tinguk masa depan. Jadi apa yang boleh kita buat ialah berimaginasi.

Macamana kalau Pas memerintah - teda konsertlah, tiada hiburanlah? Takkanlah begitu serius!

Pemuda Pas patutnya boleh menimbang prioriti mana yang tinggi dan mana yang rendah di dalam apa-apa tindakan.

Mentaliti orang-orang Pas juga harus beralih dari bersikap membangkang kepada bersikap memerintah. Sebagai pembangkang Pas bolehlah sentiasa mewakili umat Islam, atau juga kondem sana-sini, kutuk sana sini.

Tapi andainya jika satu masa nanti Pas dapat memerintah, mereka harus mewakili keperluan semua rakyatnya iaitu kita semua sebagai rakyat Malaysia.

Tindakan-tindakan begini menimbulkan was-was, syak wasangka dan prasangka serta takut kepada penyokong Pakatan Rakyat. Misalan, bagaimana nanti mereka melayan orang-orang Malaysia yang bukan Islam, keperluan dan kehidupan mereka?

Mungkinkah ada pemisahan antara orang Islam dengan bukan Islam, alala teringat saya dengan dasar apartheid Afrika Selatan ... jangan bah bos, kita kawan-kawan sini. Suda nasib kau lain agama, aku lain agama, bukan sanang mau tukar-tukar bah.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger