"... pekejadah yang nak jadi ... dah nak muntah aku baca citer merapu, tu belum lagi masuk citer sarkas Bebal Singh dengan Bung Moktar Babun"
Hei Mat Panda, kalau nko betul ada plan nak takeover Malaysia 16 September ni, cepat lee, aku tak tahan lagi.
Mat Panda
Cuba kita melihat bagaimana sengsaranya hendak mendapatkan konsensus dari pakar-pakar agama di Malaysia tentang perkara sumpah.
Sumpah! kata Mufti Perlis, dan Anwar enggan jawab.
BUTTERWORTH 5 Julai - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini enggan menjawab soalan media berkenaan cabaran supaya beliau bersumpah dengan menjunjung al-Quran berhubung tuduhan liwat terhadapnya.Ketika ditemui pemberita selepas mengadakan ceramah perdana di sini malam ini, beliau yang dikawal ketat oleh beberapa penyokongnya terus berlalu tanpa menjawab soalan yang diajukan kepadanya.
Baru-baru ini, Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin meminta kedua-dua individu yang dikaitkan dalam kes liwat iaitu Anwar dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan supaya 'bermubahalah' atau bersumpah.
Beliau berkata, isu liwat itu kini sudah menjadi semakin rumit dan rakyat pula menjadi keliru.Utusan
Ya, sumpah!, sokong Tok Guru Nik Aziz
KB: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata "mubahalah" atau bersumpah dengan menjunjung al-Quran adalah cara untuk menentukan kebenaran dan juga sesuatu yang dituntut dalam Islam. KLPost
Tidak payah sumpah!
Dato' Seri Harussani membuat penegasan itu berkata, Anwar yang dihadapkan pertuduhan melakukan liwat, tidak perlu bersumpah atau bermubahalah kerana ianya tidak menepati undang-undang Islam.
Ini kerana katanya, tuduhan yang dikenakan ke atas beliau oleh bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah dakwaan jenayah yang termasuk dalam hukum kazaf.
"Kaedahnya dalam kes ini, ialah 'orang yang menuduh mestilah mengemukakan bukti' dalam mahkamah, jika dia gagal mengemukakan bukti, dia boleh dikenakan hukuman hudud," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Mufti Perak itu turut memberi peringatan kepada umat Islam, khususnya orang-orang Melayu supaya tidak terikut-ikut dengan budaya agama lain yang bersumpah dengan kitab dan sebagainya.
"Tiada kaedah langsung kena sumpah dengan al-Quran, itu meniru budaya agama lain, sumpah yang ada dalam Islam cuma 'Wallahi, Wabillahi, Watallahi'," tegasnya.
Apa lagi, Mat Panda dah rasa dia betul, mulalah jual temberang!
"Bersumpah...saya akan lakukan" - Anwar
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Hrkh) - "Jika mahu saya bersumpah dengan nama Allah, insya-Allah saya akan lakukan,"demikian kata Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan oleh Malaysiakini sewaktu berceramah di hadapan lebih 30,000 orang di Stadium MPPJ, Kelana Jaya malam tadi.
Menurutnya, beliau sanggup bersumpah dan dibicarakan di mahkamah syariah terhadap tuduhan liwat terhadapnya, dengan syarat ia mengikut undang-undang syariah sepenuhnya.
"Saya mencabar mereka memberikan bukti-bukti sebelum menuduh dan mengaitkan saya.
"Saya sedia menerima apa sahaja hukuman jika dibuat mengikut undang-undang yang adil.
"Saya akan tunduk jika mereka boleh memberikan bukti tuduhan terhadap saya.
"Jika mahu saya bersumpah dengan nama Allah, insya-Allah saya akan lakukan," tegasnya diikuti tepukan gemuruh para hadirin.
Oii Lantaklah! Di Malaysia ni kita dah mula berbalah dari perkara besar hinggalah yang paling kecik.
Hei Mat Panda, kalau nko betul ada plan nak takeover Malaysia 16 September ni nanti, cepat lee, aku tak tahan lagi.
Saban hari aku bergayut dari satu blog ke satu blog tengok pekejadah yang nak jadi ngan Malaysia ni. Dah nak muntah aku baca citer merapu, tu belum lagi masuk citer sarkas di parlimen tiap hari antara Bebal Singh dengan Bung Moktar Babun.
Jadi kalau nko boleh amik, aku pun suka, mudah-mudahan lepas nie waras sket orang Malaysia.
0 comments:
Post a Comment