Home » » PR untuk PTI, apa tu?

PR untuk PTI, apa tu?

Written By Unknown on Tuesday, 8 July 2008 | 22:05

Written by Dusun-Non-Grata
Tuesday, 08 July 2008

putung jari saya la kalu ko bulih kasi salasai ini isu ...

YAB Datuk Musa Hj Aman

Berbanding dengan Indonesia, Filipina jauh lebih teruk. Mereka memang lepas tangan di dalam soal pendatang tanpa izin di Sabah. Tengoklah cerita terbaru, bukannya mereka hendak menolong, tetapi hendak mewajarkan kewujudan pendatang haram Filipina di Sabah. Beri taraf pemastautin tetap (PR), kata mereka.

Aiyah, bilang Musa Selamat, bukan PR tapi Konsulat opis yang kami mau, kamurang tida taw kah?

Wah brani suda ko tambirang sikarang aaa Musa ...

Bagini, putung jari saya la kalu ko bulih kasi salasai ini isu. Ko buli putung jari kaki saya lagi, kalu bulih kasi salasai ini isu dalam tempoh 5 tahun dari sekarang. Jangan liwat saya suda la aaa.

Saya gerenti Musa Selamat TIDAK akan boleh selesaikan masalah PTI!

Nah, kamurang di kadayan universe yang pandai-pandai tu bacalah ini satu report yang kana tulis beberapa tahun yang telah lalu.

Musa harus letak jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah


Oleh SABU @ SHAIFUDDIN ABDULLAH


Bak kata orang tua-tua, Pinggan tak retak, nasi tak dingin. Engkau tak hendak, aku tak ingin. Begitulah pandangan Sabu Sakitap @ Shaifuddin Abdullah, mantan Ahli Jawatankuasa Task Force Umno Sabah yang ditubuhkan pada 1991 dan dibubarkan pada 1994.


Sabu menyifatkan kenyataan Datuk Seri Panglima Haji Musa Khan Bin Haji Aman Khan Al-Pushtuni di media massa berhubung isu laporan polis yang dibuat oleh Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat, Datuk Dr Jeffrey Kitingan amat memalukan Umno dan Kerajaan Malaysia yang berpegang teguh kepada prinsip kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan.


"Musa Khan harus berasa malu dan sedar diri kerana dia tidak berada di tempatnya sekarang jika tanpa pengundi hantu yang kami rekrut atas arahan Musa Khan sendiri sebagai Pengerusi Task Force Umno Sabah," ujar Sabu yang tidak mengharapkan sebarang balasan daripada pengorbanan yang dilakukan demi memberi laluan agar Umno dapat merampas kuasa daripada Parti Bersatu Sabah pada pilihan raya 1994.


Menurut Sabu, beliau sendiri telah mendaftar lebih 30,000 warga asing Filipina dan 5,000 warga asing Indonesia namun, agak terlambat untuk melakukan sebarang tindakan apabila mengetahui pendaftaran khas tersebut rupa-rupa merekrut pendatang tanpa izin sebagai pengundi berdaftar setelah diberi kad pengenalan projek.


"Semua kerja ini saya lakukan di ibu pejabat Umno Sabah (ketika itu di Bangunan Usia) dan apabila saya menyemak daftar pemilih untuk mengatur pengundi luar barulah saya sedar bahawa pendaftaran yang saya lakukan dahulu rupa-rupanya kegiatan subversif yang mengancam keselamatan negara," tegas Sabu.


Sabu menekankan bahawa beliau telah diarah memberi taklimat khas menjelang pilihan raya umum 1994 kepada Tan Sri Mohd Rahmat, Datuk Megat Junid Megat Ayub dan Datuk Kadir Syeikh Fadzil.


Dalam taklimatnya, Sabu menekankan bahawa mengikut kajian khusus Task Force Umno Sabah, melalui pertambahan pengundi hantu Barisan Nasional (BN) hanya mampu memperoleh 23 kerusi dan PBS 25 kerusi, namun ianya dipertikaikan oleh ketiga orang kuat Umno tersebut yang yakin BN akan menyapu bersih semua kerusi DUN Sabah termasuk Tambunan.


Beliau turut mencadangkan agar BN ’memancing’ lima ADUN PBS yang dikenalpsati akan melompat BN jika gagal memegangi pilihan raya berkenaan dan menamakan Datuk Amir Kahar Tun Datu Mustapha, Masrani Parman, Datuk Lajim Haji Okin, Rubin Balang dan Zaini Isa yang berpotensi untuk dipancing jika mereka diturunkan sebagai calon PBS.


Bagaimanapun, setelah keputusan pilihan raya diumumkan, sasaran Sabu memang tepat dan tiga daripada lima adun PBS ternyata melompat parti bagi membolehkan BN menubuhkan kerajaan setelah Resolusi Sri Gaya 1994.


Sehubungan itu, Sabu mencabar Musa Khan agar meletakkan jawatan jika tidak berani membersihkan nama baik Umno melalui 45 tuduhan rasuah, salahguna kuasa, pecah amanah dan jenayah yang dilaporkan secara rasmi di Balai Polis Karamunsing oleh Datuk Dr Jeffrey Kitingan.


"Musa tidak boleh sewenang-wenangnya menafikan penglibatannya dalam sindiket kad pengenalan projek yang diberikan secara leluasa kepada pendatang asing kerana beliau adalah Pengerusi Task Force Umno yang merekrut pendatang asing ini sebagai warganegara dan mendaftar mereka sebagai pengundi," ujar Sabu yang kesal dengan sikap dayus Musa Khan.


Katanya lagi, Musa Khan adalah pengkhianat negara kerana secara sedar telah melakukan kegiatan yang boleh memudaratkan keselamatan negara dan meletakkan nasib rakyat tempatan Sabah di ambang bahaya penghapusan etnik.


Menurut Sabu, Musa Khan adalah terlalu dayus apabila enggan memberikan sebarang penjelasan setelah didakwa terlibat dengan skandal seks dan menikahi pendatang asing tanpa izin yang telah diberikan kad pengenalan projek sedangkan beliau kini adalah Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri.


Sabu adalah Pembantu Khas dan Penyelia Kanan kepada Setiausaha Task Force Umno, Haji Jabar Khan Napi @ Yasser Arafat yang telah mendedahkan petualangan Musa Khan di dalam Skandal IC Projek di hadapan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Integriti pada 26 Februari 2007 di Parlimen Malaysia. Malaysia-Today (2006) - diperolehi daripada google-cache


Haaa, sikarang apa macam? Yoku bo iti ...

DUSUN-NON-GRATA
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger