Home » » Zamboanga - KK jalan terus!

Zamboanga - KK jalan terus!

Written By Unknown on Monday, 28 July 2008 | 12:38

Written by Dusun-Non-Grata

Biar sia terus terang sini. Mana ada paranah isu pelarian Filipina di Sabah berada di persimpangan selama Sabah berada dalam Malaysia?



Ampun 'Tuanku'! Bila tuanku mau pindah sini Istana Negeri ganti TYT?

Semua jalan lurus bah. Diorang datang dari Filipina ke Sabah direct terus, Zamboanga-KK. Mana-mana yang kana tangkap kena bawa lurus ka Pusat Tahanan di Menggatal. Kemudian "halaw" ini kena antar balik tuurus ke Filipina. Lepas tu diorang datang dari Filipina turus lagi balik ka Sabah, dan pusingan ini berterusan macam merry-go-round.

Masalah pelarian Filipina berada dipersimpangan? Mana ada itu macam woo.

Masalah Pelarian Filipina di Sabah berada di persimpangan?

(new sabah times) Kini, penduduk tempatan dan pemimpin negeri cuba membayangkan bagaimana-kah nanti nasib pelarian itu menjelang 2020, apabila Malaysia mencapai status negara maju.

Ahli politik, termasuk pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) yang memerintah Sabah serta parti pembangkang, menyuarakan keprihatinan mereka tentang perkara itu dan ada juga dalam kalangan mereka mengambil kesempatan daripada isu berkaitan pendatang tanpa izin dan dokumen IMM13 bagi mengkritik kerajaan pusat dengan berkata “tidak wujud istilah pelarian tetap kerana keadaan di Selatan Filipina kini sudah kembali seperti sedia kala.” Ahli-ahli politik ini berharap kerajaan pusat, khususnya Jabatan Imigresen, akan menyelesaikan semua anamoli berkaitan kedudukan pemegang IMM13 di Sabah.

Saya pun hairan kenapa kita yang mati-mati mau fikir apa nasib diorang di masa hadapan. 2020 kunun! tahun 5050 pun belum tantu selesai. Dari baik-baik Sultan Kiram satu orang tuntut, sikarang sampai 13 orang sudah "Sultan Kiram" tuntut sampai yang bukan-bukan pun timbul misalan macam buat surat beranak untuk orang "North Borneo" , ada ka.

Lagi sia garigitan dingar istilah yang diorang kasi. Orang Filipina memberikan nama "halaw" sebagai istilah merujuk kepada orang-orang yang kena hantar balik ke Filipina. Halau lah itu maksud dia. Perkataan melayu yang lain maksudnya "usir".

Tapi ini bukan halau, hantar balik bah!

Comments

The Fake Sultan of Sulu |2008-07-29 00:19:49
honestly, the more you read about the Sultans the more you get confused-they are so many sultans hovering around these days in Sabah. One thing in common, they all want money! Likewise, of course everyone wants money, but surely not the way they do. Some even traded their philosophy, thinking money is about to be made in supersonic way

Pangait |2008-07-29 01:41:46
Masaalah orang PTI filipina akan berterusan selagi adanya orang2 Sabah seperti berikut
1) Orang Macam Sari Nuar. Dia mau pekerja murah, tia mau bayar durang punya epf, socso, insuran. Orang macam ini apa dia paduli dimana durang tinggal. Dia tau masyarakat pribumi Sabah pangasian, biar durang manumpang dikampung durang, disiring-siring laut. Disitu tiada masaalah DBKK pungut sampah, buang saja dilaut. Berak saja dilaut. Kalau mau jalan, dayung saja tu parahu.
2)Pegawai Imigresen yang macam Ketua Pangarah yang kana tangkap. Durang penting durang punya pokek dari masaalah sosial Sabah
3)Orang pulitik
4)Pengedar Syabu
5)ATM yang malas. Dia suka tidur di kem saja.
6)PDRM yang juga mau sikit bisnis Syabu. Macam yang kana tatak dipulau gaya.

Pangait - Kanapa tiada Tangkap Indon? |2008-07-29 01:45:00
Sabab NTR Raja Bugis seluruh dunia. Agenda Tuan Malayu bulum salasai.

Aliesofie |2008-07-29 03:31:50
Aku asa yakin akan berjaya, kalaulah kitani semuha penduduk di Pulau Borneo ani bersatu inda kia bangsa dan agama bagi menolak kehadiran Pendatang Tanpa Izin (P.T.I) ani. Kalau mereka ani tidak dilayan dengan baik setentunya inda ia sangup datang ketempat kita.

Penyo |2008-07-29 09:47:40
Ni lah, kalau mau buat negeri sendiri lebih baik cari mana-mana pulau yang tiada penghuni, buat negara sendiri di sana. Kalau dibiarkan PTI filipina berada di sini musnahlah negeri kitaorang, cuba lihat di mana-mana bahagian di Sabah,hampir semua diaorg yang "control", bagus "halaw" atau "usir" daripada "hantar mereka balik".

olumis - mari bangkit tegakkn hak pribumiii |2008-08-12 09:21:19
Masalah PTI ni mmng sudah kritikal d Sabah.Semuanya berpunca drpd ketamakan pemimpin yg terdahulu.Kemasukan Umno d sabah pun salah 1 punca juga byk PTI jdi pengundi antu yg dpt mykad..gilaa dpt status org melayu g o..jdi mcm mana mo suruh blik klu mcm 2..ada mykad bertaraf warganegara g..sedangkn d pendlmn ramai g pribumi yg lum ada ic..yg kin geram g lebi ramai PTi yg kununnnya melayu bekerja dlm gov.drpd pribumi..wei sedarlaa org kitaaa jgn trlalu selesa kerna berada d tmpt sendri sekurang-kurangnya minta gov lebihkn peluang keja kpd pribumi kpd pemimpin yg tamak 2 lu tanggungla sendri d akhirat..tun dr m..x takut blsn ka nnti

org sabah jgk - susah... |2008-08-13 12:06:16
actually bagi aku laa...kalo dhalau dorg atu sama jua mulih nya kemari...sbb kehidupan dorg mmg dcni...bkn smua PTI tu jahat..dorg cam org lain jua...ada yg jahat,ada yg baik....kadang2 kita tliat yg jahat jak...aku bkn sokong kita biar PTI conquer Sabah..inda...tp kalo btul mau hntr dorg blik n dorg nda blik lg cne...sistem negara kita yg kena perbaiki..sbb dorg dtg mau keja...kadang2 dorg nda tau apa yg perlu buat utk masuk negara kita ne...byk sgt birokrasi dalaman...sal raja tu aku rasa baik abaikan..bkn ada kuasa apa2 pon...cma bnd tu adat jak...

fithan |2008-08-18 14:08:26
hari ini kita anggap diurang PATI, esok2 nda tau la anak cucu cicit kita nanti, takut kalau sudah biasa, orang asing sudah jadi saudara pula..
mungkin jalan kita nih bukan lagi luas macam dulu, sudah sempit masalah itu ini, aku takut satu hari nanti CM kita dari kalangan PATI. dalam kerajaan pun sudah ramai suku sakat PATI nih, dari pangkat rendah sampai lah profesional...kalau satu orang diurang sudah naik pangkat tinggi, siapa lagi yang dia mo kasi masuk kalau bukan orang dia sendiri?
aku bukan racist, aku cuma mahu 'Sabah Untuk Bumiputra'!
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger