Home » » Angkasaman Max

Angkasaman Max

Written By Unknown on Wednesday 3 September 2008 | 23:41

Written by Dusun-Non-Grata


Si Max suda jadi Ultraman Max

Siok bah jadi orang politik. Cakap apa saja. Kalau salah Parti boleh tolong minta mahapkan bagi pihak.

Blogger pula asal cakap salah jaga la, saman pun jadi bajurit-jurit macam kucing cirit birit.


di angkasa pun si Max berjaya mengelak
dari botol mineral


Si Max nampak makin kesiokan jual tambirang sana KL. Bah Putrajaya baitu, lagi siok dari Bandau. Mangkali berani suda dia tu, pasal dia pikir-pikir suda 13 tahun masuk politik kunun bulihlah jadi pendinding dari ta kana botol mineral.

Lompat parti cerita dongeng- Dr. Maximus

PUTRAJAYA 2 Sept. (utusan) - Khabar angin menyatakan wakil rakyat Sabah dan Sarawak akan menyertai pakatan pembangkang hanya sekadar cerita dongeng di angkasa, kata Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili.

Beliau menegaskan, ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dari Sabah dan Sarawak tidak akan membelakangkan semangat demokrasi dengan melompat ke pakatan pembangkang.

"Khabar angin ini langsung tidak berasas, saya berjumpa dengan rakan-rakan (wakil rakyat dari Sabah) hampir setiap hari dan mereka tidak berniat untuk melompat parti.

"Saya sendiri merupakan seorang yang anti politik katak dan tidak faham kenapa pakatan pembangkang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu mempropagandakan isu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan bengkel sains mikrograviti anjuran Agensi Angkasa Negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.


Max, ko baru rasmi itu majlis angkasa, cakap katak pun pasal angkasa juga kah.

Ok lah, suka ko lah. Itu cerita angkasa mimang cerita dongeng. Tapi, cerita lompat janganlah lampau barani kasi putus cakap awal-awal. Nanti ko ta salah, takkan lah itu Huguan Siou PBS yang ko suru minta maaf bagi pihak ko.

Macam tau-tau seja samua perkara. Macam si tai-tai. Max, Max .... ko mo jadi Ultraman Max ka?

Related Article: Wah, Dr Max sikit kana umban botol
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger