Home » » Yakah, Pak Lah suka bergurau?

Yakah, Pak Lah suka bergurau?

Written By Unknown on Friday, 19 September 2008 | 16:13

Justify FullWritten by WaJiD Manis

Mungkin Osman minta Pak Lah cepat-cepat menyertai Mubarak.

Osman Abdul tentu kenal rapat dengan Pak Lah sehingga tahu Pak Lah suka berseloroh.

Pak Lah suka berguraukah?
Pak Lah suka berseloroh?



(malaysiakini) "Kita tidak ambil hati dengan kenyataan perdana menteri kerana kita tahu sikapnya yang suka bergurau.

Naib Presiden Mubarak, Datuk Othman Abdul berkata, perdana menteri memang seorang yang suka berseloroh dengan ahli-ahli Mubarak.

"Hubungan Mubarak dengan perdana menteri amat baik dan tiada konfrontasi dengan beliau,” katanya.

Semalam, ketika diminta mengulas gesaan Mubarak yang memintanya mempercepatkan proses peralihan kuasa, secara sinis Abdullah berkata:

"Tak apalah. Biarlah mereka hendak cakap apa pun. Mereka pun dah orang pencen semua itu"

Mengikut perancangan awal, Abdullah akan menyerahkan kuasa kepada timbalannya itu pada Jun 2010.

Maaflah ya, saya tak nampak Pak Lah macam tu.

Kalaupun Pak Lah sering jadi bahan lelucon orang Malaysia, ia bukan hasil dari sifat beliau yang suka melawak pada hemat saya. Orang menjadikan Pak Lah bahan lucu kering, dan orang yang tertawa adalah termasuk di dalam istilah ketawa kering.

Banyak polisi-polisi beliau dipersoalkan sehingga di gali ke akar tunjang. Kelucuan yang terbit dari kesakitan-kesakitan yang timbul sebenarnya berfungsi sebagai cara melepaskan perhatian dari keperitan sebenar yang dihadapi oleh rakyat Malaysia.

Sekali-sekala marilah ke pasar-pasar di Sabah, contohnya ke pasar besar Kota Kinabalu. Bawa wang RM50 sahaja untuk membeli ikan. Bakul yang isteri anda biasa bawa tentu belum tentu separa penuh, percayalah. Ikan naik harga kerana menurut penjual ikan, petrol naik harga.

Tetapi saya menyokong bila Pak Lah mengatakan orang-orang Mubarak adalah orang yang telah pencen. Bukan itu saja, mereka adalah orang orang BN - UMNO yang telah pencen. Lagi, mereka adalah orang-orang pencen separa lali. Beberapa bulan lepas mereka beriya-iya benar dengan ketuanan Melayu. Semburan air liur mereka saja hampir-hampir membutakan mata profesor super agung yang kebetulan berada di tempat berhampiran.

Sekarang meminta Pak Lah mengundurkan diri?

Memang benar hubungan mereka dangan Pak Lah rapat. Agaknya ini mesti kerana mereka mahu Pak Lah cepat-cepat menjadi ketua Mubarak.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger