Written by anak_semenanjung | |
Laman Kelab Penyokong Maya UMNO! Saya melawat gak site ni akhirnya. Apa taknya kena bombard ngan spam email bertubi-tubi di discussion group, merayu-rayu mintak dilawat Masuk ler gak kat situ. Warghhhhhhh, isinya sama dengan ngan Utusan Meloya yang terkenal dan amat sesuai untuk jadi bungkus buah mangga... Teringat plak saya dengan pasukan propaganda komunis zaman Mao Tze Tung dulu. Budak-budak propaganda masa tu, dorang pedulik hape ngan fakta bahwa dunia ni bulat. Kalau si Mao Tze Tung cakap bumi ni empat segi, haa itu ler yang dorang canang kat empat penjuru alam cam baguss – dunia nie 4 segi. Lantak hape ngan segala fakta atau logik, janji balun sesedap rasa. Haa samer ler ngan laman kpmu.net, tulisan dorang ni sumerr cam orang mabuk todi. Aku rasa bila sedar dari mabuk, dorang sendiri pun loya nak baca balik apa yang dah kena dorang tulis kat laman tu.
Berikut adalah di antara tulisan 'terloya' mereka yang boleh didapati... Jika benar Pak Lah gementar ketika membentangkan Baget 2009, ketika nasib di pesara, si cacat, kakitangan awam dan orang Asli mendapat pembelaan, Anwar pula gementar kerana pelbagai ‘masalah’ melilit batang tubuhnya, bermula dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan, kenyataan Mohd Ezam Mohd Nor, Datuk Nalla dan tentunya orang-orang Umno masih ingat (segar ingatan mereka) tingkah laku Anwar ketika mengejar satu-satu jawatan dalam Umno. Biarlah Pak Lah gementar untuk melaksanakan impian rakyat susah dan kemiskinan akibat pelbagai tekanan global tetapi kegementaran Anwar, bukan kerana dia mahu membela rakyat, sebaliknya membabitkan rakyat dengan masalah yang menyerangnya. Ada juga yang berkata jika Hussam di lantik sebagai Timbalan Perdana Menteri ianya akan meneyelesaikan masalah Anwar Ibrahim untuk menyatukan DAP dan juga Pas kerana Husam adalah pemimpin yang sikular dan lebih dyetrima oleh pemimpin DAP berbanding dengan Hj Hadi. Tugas utama mereka sekiranga Anwar menubuhkan kerajaan angan-angan, Hj Hadi dan kumpulan ulama perlu disingkir dari Pas dan Pas perlu diberikan nafas baru dengan pemimpin Edorgan yang lebih bermirip sekular dan bukan nya keislaman seperti Hj Hadi dan Nasharuddin. Ketika Anwar mengajak orang ramai bermimpi untuk menurunkan harga minyak, Pak Lah yang sudah pun melakukan penurunan harga minyak, selain rebat kepada semua jenis kenderaan di bawah 2000 cc, hari ini turut meringankan beban dengan mencadangkan rebat cukai RM350 seorang diberikan pada masa ini dinaikkan kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35 ribu ke bawah. Nak cakap skit, bulan posa ni.
Kutuk orang ni pun ada seninya. Pertama, keje ngutuk pembangkang di internet mender yang syoknya, kutuk gomen lain ler. Orang lari masuk internet pasal dah loya ngan berita MSM - main stream media yang macam 3TV, Utusan Meloya, Berita Hairan, No Straight Times dan sebagainya.
Jadi kalau tetiba jer suku sakat macam MSM datang dengan nada yang sama, tak jalan ler rasanya.
Pi raah mabuk!!! Lu cakap sorang2 ler ... lain kali jangan spam aku lagi, TAU! |
Home »
News and Issues
» Laman Penyokong Umno (kpmu.net) macam mabuk todi
Laman Penyokong Umno (kpmu.net) macam mabuk todi
Written By Unknown on Wednesday, 3 September 2008 | 13:14
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 comments:
Post a Comment