Home » » Orang Bugis penyokong UMNO Sabah ...

Orang Bugis penyokong UMNO Sabah ...

Written By Unknown on Tuesday, 9 September 2008 | 20:50

(pemudasabah.blogspot.com) Site bugis.lumak.net sendiri banyak memaparkan isu perkauman dan jika ini diketengahkan kepada tatapan umum atau pihak berkuasa, apakah natijahnya? Saya ambil ayat dari posting



..... pakkampong(bajau dan sama waktu dgnnya) ka, dogo(kadazan dan sama waktu dgnnya), pilak(suluk dan sama waktu dgnnya) dan semua2 y menggelar diri pribumi sabahan. aku indak peduli suda soal2 'keadilan'.

sbb aku urg umno tp mula2 ni patut kita bermula dari site ni. jadikan ni forum sabah sebagai altenatif kita antara bugisan sabahan untuk bersatu.

yang ke-2...aku minta sangat2 la pada ponggowa lumak...tolong la delete segala sub forum daerah2 d sulsel&sulbar. kita d cni bersatu atas nama bugisan sabahan. klu mau juga mungkin boleh buat sub forum dgn nama "khabar dari sulsel&sulbar"

yang ke-3...aku nampak adanya 2 organisasi yang mewakili sabah. PKBS&Leluhur...so sapa2 yang kaitan dgn persatuan ini. aku minta la sangat2 2 persatuan ini bergabung dengan 1 organisasi sahaja. klu boleh guna la nama PKBS sbb iya mmg sudah sebati dgn org2 bugisan sabahan.

dan akhir sekali!!! kita pastikan 20 ke 30 tahun dari sekarang ananak ugie akan mengambil tampuk pemerintahan politik sabah!!! hidup bugisan sabahan!!! http://bugis.lumak.net/post418.html

...bukan kah ini suatu azam yang berbaur perkauman. Posting pun kena hati-hati juga kan.

Comments


oang kadayan - tinggi cita-cita bugis ani |2008-08-11 10:58:22
jaan luan tinggi cita-cita, nanti inda tercapai sendiri susah.

PADI berbeza dengan PATI. Tapi adat berkampung kalau talampau labih2 siapa yang suka?

Di Kalimantan, orang Madura telampau over sampai orang dayak menghidupkan adat miring mereka beberapa tahun lampau.

Sanity - Ketua Menteri Bugis |2008-08-12 13:43:27
Inda kisahlah siapa jadi ketua menteri di Sabah.

Cina pun pernah jadi CM. Suluk, Pakistan, India, Bajau, Kadazan, Dusun, ini semua pernah jadi CM ... sudah jadi orang Sabah, orang Sabahlah tu.

Kalau bugis sendiri ingin jadi CM silakan saja.

Tapi menggunakan dan mengapi-apikan semangat kaum sendiri sebagai alat untuk berkuasa itu sudah kira angkuh.

KECUALILAH penduduk bugis Sabah boleh menjadi penduduk majoriti di lebih 28 DUN 20 tahun akan datang, mana-mana pemimpin bugis yang ingin menjadi CM akan TERPAKSA meminta bantuan kaum lain untuk berkuasa. Siapa mau sokong kalau asyik mengatakan diri lebih berbanding orang lain.

Belajar-belajarlah cara hidup bermasyarakat, bukan begitu caranya kalau ingin diterima.

Mungkin Bugis mempunyai sejarah cemerlang belayar di masa lampau, tetapi ikutlah kata-kata Permodalan Nasional Berhad dalam ASN --- "prestasi masa lepas tidak semestinya menggambarkan prestasi akan datang".

fithan - cukup la tuh bugis |2008-08-18 15:08:09
susah juga hidup ni kalau asik mo bangga bangsa ko sendiri, natijahnya teda sapa yang untung.
orang yang beradab bukan mengapi perkauman tapi menyemarak semangat cinta tanah tumpah darah, aku nda heran kalau orang bugis jadik CM, jadik PM pon nda pa juga, sekarang pon sudah ramai orang bugis pangkat tinggi, jadik Pengarah, jadik ADUN, jadik MP..tapi yang penting ingat asal usul kita, kalau tanah di sini ko lahir, tanah di sini juga ko angkat, junjung sama-sama..biar megah dalam barisan, bukan berbunuhan.

ps: dulu-dulu masa aku kecil, orang bugis nih pon dicop PATI. ramai di kampung aku yang kena tangkap polis, tiada ic, tapi sekarang...fuh, ko punya lah itu bisnes bas!

kawan - sorry |2008-08-29 22:17:19
saya bagi pihak bugis memohon maaf pada semua. saya tau orang bugis ada yang menyakitkan hati kamu tapi tidak semua orang bugis sama. saya juga banyak kwn2 org kadazan, dusun,kadayan dan saya hargai persahabatan ini. saya pun tak setuju dengan sesetengah orang bugis yang terlalu memandang rendah pada suku lain.kita sama2 org sabah. orang bugis marah sebab kwn2 ckp orang bugis PATI. memang tak dapat dinafikan ada ramai org bugis PATI tapi tak semua.kenapa kita tak ckp jak PATI indon. sebab tak adillah ckp bugis PATI sedangkan ramai juga orang bugis penduduk tempatan terutamanya di tawau.anda perlu ingat yang tawau juga sebahagian dari sabah.dan anda tau yang tawau banyak penduduknya orang bugis. jadi jangan nafikan hak kami sebagai orang sabah.klu tawau tu indonesia yang punya, saya pun akan mengaku saya orang indonesia. tapi tawau adalah sabah. jadi, saya ni orang bugis, anda rasalah kan...apa perasaan saya sebagai orang bugis bila dicop sebagai orang PATI.

Kadayan Indon - Truly Sabahan |2008-09-01 23:51:36
Penduduk Sabah terdiri dari berbilang kaum, suku dan bangsa, jadi hati-hati dalam memberi pendapat atau komen. Tak salah bercita-cita tinggi, mau jadi menteri, CM hatta PM sekali pun, cuma dalam mengejar maupun memperjuangkan cita-cita harus kena pada tempatnya,pandai-pandai lah menjaga sensitivity kaum-kaum lain yang sama-sama menghuni Negeri Sabah ni..dan yang lebih penting belajarlah bagaimana menghargai perasaan orang-orang di sekeliling kita, inda salah bah bersemangat tapi jangan 'over' pula kan..

bugisan sabahan - read this komen |2008-10-29 06:50:47
Salam sejahtera saudara semua,

Saya seorang penduduk negeri Sabah yang berketurunan Bugis juga meminta maaf sekiranya penulisan di atas menyinggung perasaan penduduk Sabah yang lain. Tetapi ingat, di alam cyber ini siapa pun boleh menulis ayat-ayat begitu dan saya amatlah yakin penulisan itu datang dari seorang yang bukan dari keturunan Bugis. Sebab utama tak lain untuk menjadikan orang2 Bugis dibenci oleh masyarakat lain di bumi Sabah ini.

Nah, tengoklah posting-posting di sabahforum dan lain-lain forum sabahan. jangan hanya fokus pada posting di bugis.lumak sahaja. saya ambil 1 posting di anwarblog

BUGIS ITU TIMOR INDON OM OM SERUMPUN
Oct 4th, 2008 at 10:14 am

ASALAMUALIKUM DSAI,

KAMI ORANG-ORANG BUGIS ITU TIMOR INDON SERUMPUN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFTR KPD DSAI & KELUARGA SEMOGA ALLAH MERAHMATI DSAI SEKELUARGA DI HARI YG MULIA INI.

SELAMAT HARI RAYA BASA UGI GERE GERE LODO PAKENDRE KULUKU BOSKU
monsopiad |2008-11-12 16:53:51
pilih perkataan kamu bagus-bagus wahai kaum bugis. kami juga faham bukan semua adalah PATI. hormatilah antara satu sama lain.

satu darah.satu bangsa.satu jiwa.satu badan

borneo perseketuan

anakbugiscintadamai - sabah peace |2009-07-01 05:39:31
sy pun mewakili bugisan mintak maaf pasal artikel yang berbaur perkauman itu.. rasa-rasanya itu mungkin kerja orang yang teda tggjwb dan kesedaran ......
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger