Home » » Sokong ya Musa; sokong ...

Sokong ya Musa; sokong ...

Written By Unknown on Sunday, 7 September 2008 | 14:23

Written by WaJiD Manis

Jika pernah berniaga, anda akan faham tentang racistnya sebahagian peniaga cina.



Aku orang kampung yang hidup di pinggir rimba raya. Aku sudah merasa cukup bertuah kerana mempunyai capaian internet (tmnet) walaupun kadangkala prestasinya tidak boleh dipercayai.

Kata si Ambuk [monyet], “daii inda ada baik ada [dari tiada baik ada]”.

Bagi anda yang sudah lebih canggih dengan streamyx, tentu masih ingat dengan nostalgia tmnet 1515.

Dail saja tidak lama kemudian anda mendengar bunyi "wa... wa... wa... koka .. koka...." kadang-kadang sampai setengah jam barulah boleh dihubung kan ke lebuhraya maklumat, internet.

Tak mengapalah, sementara menunggu internet disambung aku boleh juga menjerang air untuk membuat kopi. Atau terus memerhatikan dunia reban ayam yang sarat dengan pengajaran-pengajaran yang tersembunyi.

kalau anda tak mampu mendapatkan pengajaran dari dunia ayam, sembelih saja untuk bikin sate!

Kelihatan ada satu sifat khas masyarakat ayam yang boleh kita ambil sebagai ikhtibar untuk dunia manusia Malaysia.

Asal seekor ayam berkokok, yang lain akan ikut berkokok. Asal seekor ayam betina berketak, seluruh reban berketak sama.

“kukuak saikung kukuak sekampung, pakak saikung pakak sa aban”

Entah apa yang dikokok, hanya ayam pertama yang tahu. Yang lain hanya perlu mengikut dan akhirnya seluruh kampung menjadi riuh rendah.

Kokok Datuk Ahmad Ismail

Bila Datuk Ahmad Ismail mula berkokok tentang sesuatu yang tidak digemari oleh orang cina, semua orang berkokok sama.

Ahmad seorang racist, kata hampir semua orang.

Aku juga tidak suka dengan kata-kata beliau. Tapi label racist sebenarnya bukan ke situ sahaja. Semua orang berkokok mengenai BN dan Umno yang racist, melayu yang racist.

Orang cina juga amat ramai yang racist, malah sangat racist. Mereka seringkali mengatakan melayu racist semata-mata kerana berandalkan perangai BN dan Umno yang mengutamakan bumiputera lebih dari bangsa lain.

Namun racist tidak terhad di dalam pemerintahan saja. Jika anda pernah berniaga, anda akan faham tentang racistnya sebahagian besar peniaga cina. Mereka tidak akan mengambil insurans dari wakil-wakil insurans bumiputera. Mereka tidak akan mengambil bekalan barangan dari pembekal bumiputera. Mereka tidak akan melabur daripada konsultan-konsultan saham amanah berbangsa bumiputera yang berkeliaran.

Yang paling menyakitkan, mereka mempunya kod bahasa rahsia - bahasa tionghua - menjadikan anda terkedip-kedip mendengar mereka bertutur seperti burung tiong tanpa mengetahui pucuk pangkal apa yang mereka katakan, di hadapan anda.

Racist Ahmad Ismail. Racist peniaga cina. Siapa yang lebih, siapa yang kurang entahlah.

Aku telah menulis sedikit mengenai Ahmad di dalam artikel yang lalu. Tetapi di dalam artikel itu, aku hanya menyatakan peliknya kenapa Umno yang minta maaf tanpa hujung pangkal, sedangkan Ahmad yang empunya diri tak pun berkutak kutik.

Kokok Musa Aman

Umno sekarang nampaknya suka bercakap bagi pihak orang lain.

Ya bercakap; bla ... bla ... bla ...

Sekarang Musa Aman pun bercakap bagi pihak kerajaan persekutuan. “KL does not marginalise Sabah: Musa Aman”

Musa pula yang bercakap bagi pihak kerajaan persekutuan. Orang Sabah melantiknya menjadi ketua menteri bagi mewakili kepentingan orang Sabah dan dia sibuk bercakap bagi pihak orang lain.

Seharusnya kerajaan persekutuan yang harus mengatakan dan membuktikan bahawa mereka selama ini tidak meminggirkan orang Sabah.

Kokok Datuk Majihi

Anak Majihi pula bercakap bagi pihak YB-YB yang membuat lawatan sambil belajar.

Hadis nabi menyebut, “tuntutlah ilmu sampai ke negeri cina”.

Ya, YB-YB berkenaan benar-benar menuntut ke negeri cina.

Bilalah agaknya kita boleh melihat si empunya diri sendiri yang terpanggil untuk bercakap bagi pihak diri mereka sendiri. Pendek kata, janganlah semuanya menjadi seperti ayam di reban aku. Nanti negara kita turut hingar bingar seperti reban ayam juga.

"sokong membawa rebah berkawan dengan harimau kena terkam sudahnya berkawan dengan buaya kena libas akhirnya” Jangan berkawan dengan monyet!

Aku ada satu cerita menarik untuk tatapan anda. Suatu ketika dahulu ada seorang raja mempunyai sahabat setia, seekor monyet yang pandai berkata-kata. Raja dan monyet ini merupakan pasangan karib dan pergi ke sana sini bersama-sama.

Satu hari raja pergi mengembara dan di pertengahan jalan raja kepenatan lalu berehat.

Kata sang raja “Hai monyet, aku nak tidur. Kau tolong jaga keselamatanku semasa aku tidur”. “Baiklah”, kata si monyet.

Dia lalu bersiaga mengamati raja kesayangannya yang tidur dengan lelap.

Lalu datang seekor lalat menghurung kepala raja.

“Ini sudah lebih, berani lalat ini mengganggu sahabatku” getus si monyet.

Lalu ia menyentak pedang raja dan menetak lalat berkenaan ….

Alangkah lebih baik jika kita berfikir juga selain dari ikut berkokok.

Elakkan “sokong membawa rebah”.


Comments

aimmann |2008-09-13 21:09:12
Sokong ISA.. Syabas Pak Lah...
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger