Home » » Lompat ... lompat apek lompat, aiyaaah....

Lompat ... lompat apek lompat, aiyaaah....

Written By Unknown on Monday, 15 September 2008 | 14:37

Written by WaJiD Manis

Di ambang 16 September, 2008 - Tak payah lompat, rumah dah nak roboh

Kapal nak karam tikus bertempiaran, kata orang.

Tidak banyak yang aku boleh perkatakan di sini. Berada di ambang adalah seperti berdiri di muka pintu. Apa yang anda buat ialah menunggu pintu dibuka. Apa yang anda akan dapati pula adalah apa yang telah anda usahakan sebelum berada di pintu ini, bukankah begitu?



Entah betul entahkan tidak, tetapi bukan canang sebarang canang. Dari Ceruk Tuk Kun membelah lautan. Bila dipalu gegak gempita dengungnya mengakibatkan taufan Sinlaku menjadi tenang. Menghala belahan dunia yang satu lagi, lalu samudera tenang jadi berkocak.

Opposition-led rule in Malaysia looking likely - San Francisco Chronicle (14 Sept, 2008)

Opposition-led rule in Malaysia looking likely - Las Cruces Sun-News (14 Sept, 2008)

Opposition-led rule in Malaysia looking likely - The Charlotte obseerver (14 Sept, 2008)

Malaysia may be on brink of new era - International Herald Tribune (14 Sept, 2008)

Malaysia seeks end to decades of firm rule - International Herald Tribune (14 Sept, 2008)

Perlu diingat edaran surat-suratkhabar yang disebutkan di atas adalah ditumpu untuk pembaca-pembaca di luar negera, bukan untuk rakyat Malaysia. Jadi soal menjadi alat propaganda pembangkang untuk menghuru-harakan keadaan dalaman negara kita tidak timbul.

Alamak, tapi betulkah negara kita huru-hara sekarang ini?

Maaflah kerana bertanya. Aku tinggal nun di sebelah matahari terbit lautan Cina. Di sini nampaknya tiada apa yang huru, apa lagi hara. Semuanya lancar, segalanya naik harga seperti yang dirancangkan oleh polisi subsidi petroleum Pak Lah.

Ada baiknya kita bezakanlah di antara negara huru hara; dengan BN yang huru hara. Sekarang ini pada hemat aku, BNlah yang sedang huru hara.

Malam ini Perhimpunan Perdana Sambutan Hari Malaysia akan diadakan di stadium Kelana Jaya.

Semua dijemput datang, agaknya. Semua orang pun berdebar-debar.

Bila kapal nak karam tikus bertempiaran, kata orang.

Itu tikus kapal; lebih pintar dari tikus rumah, jawab aku.


Tikus rumah iaitu Hang Setia dan kawan kawannya, ketika ini hanya terkencit-kencit di dalam guni beras. Tidak berhenti-henti mencicit dan berdecit; memanggil semua tikus yang lain supaya terus setia di dalam guni, supaya guni tidak dirampas, habuan terus dicicipi dan nikmat tidak tergendala.

Itulah masalahnya tikus. Badannya kecil dan jiwanya pula kerdil. Terus-terusan hendak menjaga guni beras. Tetapi mereka tidak sedar bahawa dapur tempat di mana guni diletakkan hanya menanti masa HENDAK ROBOH!

Semua penunggu rumah yang lain selain dari tikus sudahpun menyedarinya dan telah beredar dari rumah berkenaan. Jin Ifrit pun terhoyong-hayang membawa lembingnya. Semut pun bertempiaran tanpa sempat memakai kasut.

Untung sang timuk (ti + (kus-tikus yang ge) muk) dapat tidur, makan, berak di dalam guni beras.

Malang sang timuk, rumah mereka hendak ranap.


Comments

coratcoret - Kekalau |2008-09-17 13:42:20
Kekalau jadi lompat parti,Ai pasti jadi PMenteri,LKS jadi TPMenteri,WA jadi permaisuri.Hari pertama harga minyak seringgit seliter diberi,duit Petronas habis dicuci,semua orang sukahati.Hari kedua negaraku jatuh bankurapsi,kepada Amerika,negaraku dijajahi,orang Melayu dianaktiri.Hari ketiga barulah bangsaku sedari,ini semua kerana DIA yang pandai menyamar diri,drp tok imam dia boleh jadi sampai yang satu tu pun apalah lagi.Di mana lagi hendak ku berlindung kerana semua tempat sudah ditudung.Anak cucuku tiada berpayung manakan tidak hak warisanku habis digayung.Ladang khinzir makin banyak,sekolah **** semakin lebar dan mewah.Maka jadilah bangsaku TERPEKIK TERLOLONG MERAUNG-RAUNG

Balingkatak - Lompat |2008-09-21 23:29:26
Saya cadangkan supaya segera ditubuhkan Parti Katak Se-Malaysia(PKSM)dengan logo Katak...?&@???
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Babad Views

Babad Editor

Popular Posts

 
Babad Support Sites : Kadayan Chronicles | Kadayan Chronicle | Babad Kadayan
Copyright © 2013. Babad Kadayan - All Rights Reserved
Template Created by Kadayan Chronicles Published by Babad Kadayan
Proudly powered by Blogger